Follow Me @adilaamalyna

ABOUT

Assalamualaikum semua ♥

Terima kasih sebab sudi baca belog Kak Elyn. Sebenarnya Kak Elyn dah lama berblogging since 2010 cumanya entri-entri lama semua dah delete. Malu bila baca balik entri lama ya Allah rasa nak sorok muka bawah bantal. Dah macam sasterawan negara.

Kalau nak tahu Kak Elyn ni jenis suka menulis, ada masa senggang sikit mesti nak menaip. Mungkin Kak Elyn ni seorang yang suka meluahkan ataupun berkongsi apa yang Kak Elyn rasa or terfikir melalui alam maya.

Gituwwww 😂

Nama Kak Elyn betul, Noor Adilah Amalyna Binti Tajull Ariffin (memang panjang). Kak Elyn berasal dari Kampar, Perak dan sekarang menetap di Cheras bersama suami dan dua orang anak lelaki Kak Elyn, Qaiser Danish Mikhael dan Qaiser Yusuff Jibrael.

Untuk pengetahuan semua, Kak Elyn ni surirumah sepenuh masa. Tapi Kak Elyn menjalankan perniagaan Shaklee dari rumah. Masa berkerja yang sangat flexible, boleh tatap anak 24 jam tu yang buat Kak Elyn jatuh hati sangat dengan business sekarang ni.

Anak-anak adalah keutamaan Kak Elyn.

Jadi pembaca-pembaca yang sudi singgah ke belog Kak Elyn, TQSM! In shaa Allah Kak Elyn akan berkongsi benda yang baik-baik dan bermanfaat je untuk semua. Tak ada benda lagha-lagha 😄

Rajin-rajin singgah sini ya.

No comments:

Post a Comment